BAHAGIAN & CAWANGAN

PASUKAN PENGURUSAN PROJEK NEGERI (PPPN)

Pengenalan: Bahagian Pasukan Projek Persekutuan Negeri (Melaka) adalah satu bahagian di dalam Organisasi Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka. Bahagian ini bertanggungjawab menyelia dan memantau projek pembinaan bangunan bagi Projek Persekutuan melebihi RM20 juta dari peringkat pembinaan, penyerahan dan tempoh tanggungan kecacatan dengan memastikan projek menepati kos, kualiti, masa dan kepuasan pelanggan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelanggan.

FUNGSI

  • Menyerahkan projek mengikut jadual yang telah dipersetujui dalam Pelan Kualiti (Q-Plan).
  • Menyiapkan projek mengikut lingkungan kos yang diluluskan.
  • Menguruskan perbelanjaan peruntukan tahunan sepenuhnya mengikut unjuran yang ditetapkan.
  • Menyerahkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi tahap kepuasan pelanggan.
  • Memantau kemajuan projek bagi memastikan penyiapan mengikut garis masa yang telah dirancang

OBJEKTIF

  • Menyerahkan projek yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan

Tarikh Akhir Kemaskini :: 16-02-2026 :: 10:41 AM