BAHAGIAN

MEKANIKAL

PENGENALAN

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal adalah salah satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Kerja Raya Melaka yang diketuai oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri dengan dibantu oleh Jurutera Mekanikal, Penolong Jurutera dan kakitangan sokongan serta perkeranian.

CKM Melaka terdiri daripada tiga (3) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Projek (Perkhidmatan Mekanikal) dan Bahagian Senggara Bangunan dan Woksyop. 

Bahagian Pentadbiran; 

  1. Unit Pentadbiran Am
  2. Unit Kewangan
  3. Unit Setor

Bahagian Projek (Perkhidmatan Mekanikal); 

  1. Unit Projek Negeri
  2. Unit Projek Persekutuan

Bahagian Senggara Bangunan dan Woksyop;

  1. Unit Senggara Bangunan
  2. Unit Penyaman Udara 
  3. Unit Jentera Berat    
  4. Unit Kenderaan Berat
  5. Unit Kenderaan Ringan
  6. Unit Auto Elektrik
  7. Unit Penilaian Kenderaan
  8. Unit Servising
  9. Unit Pengangkutan                                                   

FUNGSI

  1. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan alat ganti dan kemajuan kerjaya untuk
    kakitangan pejabat mekanikal.
  2. Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan perundingan kejuruteraan mekanikal.
  3. Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal.
  4. Memberi perkhidmatan penyenggaraan sistem dan peralatan mekanikal dalam
    bangunan-bangunan kerajaan.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada jabatan kerajaan.
  6. Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kenderaan dan jentera jabatan.
  7. Pemeriksaan tahunan bagi menilai prestasi kenderaan jabatan kerajaaan.

 

OBJEKTIF

  1. Merancang dan merekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti, masa dan kos
    yang ditetapkan.
  2. Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
  3. Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan dan jentera jabatan
    yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
  4. Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan dan
    jentera jabatan atau jabatan kerajaan yang lain.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal perkhidmatan mekanikal kepada jabatan kerajaan dari semasa
    ke semasa.

Direktori Kakitangan

Bahagian Mekanikal


* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan
Ir. AHMAD FARIS BIN MOHD SALLEH
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri


Tarikh Akhir Kemaskini :: 19-10-2020 :: 05:22 PM